Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan laporan media hari ini mengenai “kejayaan” penemuan ubat untuk merawat orang yang dijangkiti coronavirus, yang menyebabkan wabak di China dan telah tersebar ke sekurang-kurangnya 20 negara lain .
Laporan TV China berkata, penyelidik di Universiti Zhejiang telah menemui ubat yang berkesan untuk virus itu, manakala Sky News Britain berkata, penyelidik telah melakukan "kejayaan signifikan" dalam membangunkan vaksin. Harga minyak melonjak ekoran laporan itu.
Ditanya mengenai laporan itu, jurucakap WHO, Tarik Jasarevic berkata: "Tiada terapeutik yang berkesan terhadap 2019-nCoV (virus) ini dan WHO mengesyorkan pendaftaran ke percubaan terkawal secara rawak untuk menguji keberkesanan dan keselamatan."
Proses membangun dan menguji dadah atau vaksin terhadap patogen baru biasanya mengambil masa bertahun-tahun dan sering dibelenggu masalah dan kegagalan.
Walaupun pada kelajuan dipercepat yang dibantu oleh teknologi baharu, paling awal yang saintis berharap dapat memulakan ujian awal terhadap manusia membabitkan vaksin coronavirus baharu adalah pada bulan Jun tahun ini.
Doktor yang berusaha mencari cara untuk merawat pesakit yang dijangkiti coronavirus baharu mungkin akan cuba menggunakan ubat antivirus yang dilesenkan untuk digunakan terhadap jangkitan virus lain bagi mengetahui sama ada ia mungkin membantu, dan juga ubat-ubatan antiviral yang berpotensi tetapi masih dalam pembangunan.
Pengeluar ubat Amerika Syarikat (AS), Gilead mengatakan ia telah memulakan ujian klinikal pesakit di China yang dijangkiti dengan coronavirus baharu, menggunakan ubat eksperimen yang dipanggil remdesivir, tetapi menegaskan bahawa pada tahap ini, usaha itu adalah penyiasatan.
"Ia tidak diluluskan di mana-mana di seluruh dunia," kata jurucakap Gilead kepada Reuters di Beijing.
Gilead berkata, ia telah meningkatkan pengeluaran remdesivir untuk membuat stok yang mungkin boleh digunakan untuk wabak penyakit masa depan.
"Kami melakukan ini sebelum mengetahui sama ada ubat itu selamat dan berkesan untuk merawat 2019-nCoV," kata jurucakap itu. - REUTERS
5 Februari 2020 - 18:34
News ID: 1008202
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan laporan media hari ini mengenai “kejayaan” penemuan ubat untuk merawat orang yang dijangkiti coronavirus, yang menyebabkan wabak di China dan telah tersebar ke sekurang-kurangnya 20 negara lain .